Tiga Sekeluarga Disamun Empat Lelaki Bersenjatakan Parang

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JERANTUT: Tiga sekeluarga disamun empat lelaki bersenjatakan parang di sebuah rumah di Kampung Bukit Genting di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ahmad berkata dalam kejadian pukul 3 pagi itu, mangsa Abdul Makti Abd Rani, 67, bersama isterinya, Siti Noh Yusof, 58, dan cucu mereka Mohd Zafrin Aiman Zambri, 10, sedang nyenyak tidur di bilik utama rumah berkenaan.

"Pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penoreh getah itu terkejut dari tidur selepas pintu bilik ditendang oleh suspek sebelum menerkam serta mengikat mereka bersama cucunya dengan tali.

"Mangsa hanya mampu melihat suspek yang menutup muka sambil memegang parang itu menggeledah rumah dalam keadaan gelap menggunakan lampu suluh," katanya kepada pemberita, Rabu.

Beliau berkata suspek mengambil permainan konsol PlayStation, dua telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM800.

Azid berkata kesemua suspek melarikan diri melalui pintu dapur dan dipercayai masuk ke rumah mangsa melalui tingkap dapur yang diumpil.

Beliau berkata mangsa kemudian berjaya melepaskan ikatan dan bertindak meminta pertolongan jiran sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis.

"Polis percaya kesemua suspek merupakan warga asing berdasarkan dialek percakapan mereka seperti yang didakwa mangsa," katanya.

Azid berkata polis kini memburu suspek terbabit dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan