Tiada Tangkapan Baharu Berhubung Kes Kematian Pelatih PLKN - Polis

Diterbitkan: Rabu, 25 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tiada tangkapan baharu berhubung kes kematian seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Pinggiran Pelangi, Muadzam Shah.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata setakat ini polis masih menyoal siasat tiga pelatih lelaki PLKN yang ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan kes itu.

Ketiga-tiga pelatih berumur 18 tahun itu ditahan reman selama seminggu, katanya ketka dihubungi di sini Rabu.

Pada awal 12.05 tengah malam Isnin lepas, pelatih Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18, dari Kerdau, Temerloh dijumpai seorang rakannya dalam keadaan terbaring di bilik air kem berkenaan sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Muadzam Shah sejam kemudian.

"Laporan awal bedah siasat mendapati punca kematian Muhammad Suhaimi disebabkan pendarahan dalam kepala akibat hentakan objek tumpul dan mangsa dipercayai terbabit dalam satu pergaduhan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Rozainor Ramli meminta ibu bapa supaya tidak bimbang mengenai tahap keselamatan anak mereka ketika mengikuti latihan PLKN.

"Kita sentiasa mengambil langkah yang optimum untuk memastikan keselamatan pelatih terjamin, walaupun kes membabitkan kematian pelatih adalah terpencil namun kita tidak mengambil mudah mengenai keselamatan pelatih," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata JLKN juga telah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian itu.

"Kita juga akan kenal pasti kelemahan atau kekurangan dan akan lakukan penambahbaikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Kolumnis

iklan

Iklan