Komponen Pistol Angin Dipos Dari AS

Diterbitkan: Selasa, 24 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Petugas Pejabat Pos Butterworth, Bagan Dalam di sini gempar apabila menemui beberapa komponen pistol angin ketika membuat pemeriksaan selepas curiga dengan kandungan sebuah kotak yang diterima pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata individu tertentu didapati cuba mengaburi pihak berkuasa dengan mencatatkan pada bungkusan yang dihantar ke Pos Malaysia Berhad itu sebagai 'dictionary' (kamus), namun ia sebenarnya mengandungi komponen pistol angin.

Katanya, bungkusan berkenaan dihantar dari Amerika Syarikat kepada individu di negeri ini dan diterima Bahagian Kastam, Unit Penerimaan Pos, Pejabat Pos Malaysia Bagan Dalam.

"Mulanya kakitangan pos tidak mengesyaki apa-apa mengenai bungkusan terbabit sehinggalah ia terjatuh ketika seorang kakitangan mahu membuat pemeriksaan pada pukul 10 pagi ini.

"Kakitangan terbabit mula mengesyaki sesuatu mencurigakan pada kandungan bungkusan berkenaan walaupun di bahagian luarnya ditulis 'dictionary' lalu membuat pemeriksaan dan menghubungi polis," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahman berkata hasil pemeriksaan mendapati bungkusan berkenaan mengandungi komponen untuk pistol angin seperti tiga unit kapsul dan biji 'ball bering' dan bukannya kamus seperti yang diisytihar pengirimnya.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan pihak tertentu sengaja menulis perkataan 'dictionary' pada bungkusan yang dikirim bagi mengaburi pihak berkuasa selain bimbang ia dirampas.

"Siasatan lanjut masih dijalankan termasuk ke atas individu yang dicatatkan sebagai penerima bungkusan terbabit," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan