Suspek Utama Pembunuhan Pengasas Arab Malaysian Bank Ditahan

Diterbitkan: Isnin, 23 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak, tengah malam Ahad. -foto THE STAR/SHAHRUL FAZRY ISMAIL
Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak, tengah malam Ahad. -foto THE STAR/SHAHRUL FAZRY ISMAIL

KUALA LUMPUR: Suspek utama kes pembunuhan pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi, ditahan di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak tengah malam Ahad.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berumur 44 tahun itu ditahan di sebuah rumah pada pukul 12.30 tengah malam susulan maklumat awam.

Turut ditahan ialah dua lelaki, masing-masing berumur 31 dan 26 tahun, yang dipercayai memberi perlindungan kepada suspek, katanya.

"Kesemuanya kini dibawa IPKKL (Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur)untuk siasatan lanjut," katanya dalam sidang media di IPKKL di sini, Isnin.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 212 Kanun Keseksaan. Hussain, 75, maut manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong Kuan Yin Temple di Lorong Ceylon di sini pada 29 Julai lepas. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan