Kontraktor Mahu Bunuh Diri Kerana Berhutang Dengan Bank - Polis

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kontraktor yang ditahan kerana membunuh anak perempuannya selepas cubaan bunuh diri keluarganya mempunyai beberapa hutang dengan bank.

Polis berkata, mereka kini sedang mengkaji kemungkinan hutang bank mendorong tindakan cubaan bunuh diri kontraktor dan isterinya yang bertukar menjadi kes pembunuhan seorang daripada dua anak pasangan ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri ini menghadapi masalah kewangan.

"Bapa kanak-kanak itu mempunyai beberapa hutang bank tetapi kita masih menyiasat," katanya, Jumaat.

Beliau juga menolak kemungkinan kejadian bunuh diri itu dirancang dan berkaitan dengan ah long.

"Ibu bapa berada di bawah tekanan yang melampau berikutan gagal dalam cubaan membunuh diri.

"Kami mengesan rekod bank untuk mencari sedalam mana masalah kewangan mereka," katanya.

Beliau menambah mayat kanak-kanak perempuan itu masih tidak dituntut oleh keluarga kerana polis masih menunggu laporan daripada ahli kimia.

"Emak saudaranya cuba menuntut mayat pada hari Khamis tetapi kami menjangkakan laporan siap dalam tempoh dua hari," katanya.

Dilaporkan bahawa lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an, dan isterinya dalam usia 40-an akan berada di bawah tahanan reman selama enam hari sehingga 24 September.

Beliau menambah mayat kanak-kanak itu telah dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dan polis sedang menunggu keputusan bedah siasat.

ACP Arjunaidi juga menolak kemungkinan ibu bapa mungkin telah terlibat dalam kepercayaan pemujaan dan menafikan mereka mempunyai rekod jenayah.

Kontraktor telah hilang pekerjaan selama hampir sebulan.

Dia dan isterinya telah ditangkap pada hari Rabu.

Pada mulanya mereka cuba membunuh diri pada 11 September dengan membakar arang di bilik tidur utama.

Apabila cubaan bunuh diri itu gagal, mereka mencuba sekali lagi pada hari berikutnya dan pada kali ini, anak perempuan mereka terkorban.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan