Empat Penyamun Larikan Kabel Elektrik RM250,000 Di Kilang Bayan Lepas

Diterbitkan: Ahad, 22 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan sebuah kilang di Bayan Lepas mengalami detik cemas apabila dikejar empat penyamun bersenjata pisau sebelum diikat dan mulutnya disumbat kain selama tiga jam pada tiang pagar berdekatan premis berkenaan awal hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Mohd Hatta Mohd Zain berkata dalam kejadian 3 pagi itu, suspek kemudiannya melarikan enam gulung kabel elektrik bernilai RM250,000 yang terdapat dalam kontena simpanan barang di belakang kilang itu.

"Pengawal keselamatan berusia 47 tahun itu hanya ditemui pada pukul 6 pagi oleh rakannya yang bertukar giliran bertugas. Walaupun keempat-empat suspek terbabit tidak memakai penutup muka, pengawal keselamatan itu gagal mengecam wajah mereka kerana keadaan terlalu gelap dan kejadian itu berlaku begitu pantas," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata suspek dipercayai memasuki kawasan kilang berkenaan dengan memanjat pagar dan gerakan mengesan mereka menjadi sukar berikutan kawasan terlibat tidak dilengkapi kamera litar tertutp (CCTV).

Mohd Hatta meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi balai polis berdekatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan