Rumah Sekeluarga 12 Beranak Musnah Dalam Kebakaran - Berita Jenayah | mStar

Rumah Sekeluarga 12 Beranak Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sebuah rumah yang didiami sekeluarga 12 beranak di Sungai Isap di sini musnah dalam kebakaran 3 petang Sabtu.

Mangsa, Noh Awang, 48, berkata kejadian dipercayai berpunca daripada litar pintas itu berlaku ketika dia sedang tidur di ruang tamu rumahnya.

"Kebetulan isteri dan anak-anak tiada di rumah. Saya pula tertidur di ruang tamu, tiba-tiba terasa panas dan berlari keluar apabila ternampak api dari bilik," kata bapa 10 anak itu kepada pemberita di sini.

Noh, yang bekerja sebagai tukang besi dan tinggal di rumah itu sejak 40 tahun lepas, berkata mereka sekeluarga kini tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan barangan, dokumen penting dan pakaian.

Katanya, kebakaran itu mengakibatkan dia menanggung kerugian lebih RM80,000 termasuk peralatan kimpalan besi di stor bersebelahan rumahnya.

Sementara itu, Ketua Operasi Kebakaran Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota, Mohd Najib Hashim berkata, pihaknya masih menyiasat punca sebenar kejadian.

"Sebaik terima aduan, tiga jentera dengan bantuan lebih 10 anggota terus bergegas ke tempat kejadian dan kebakaran berjaya dipadam 20 minit selepas itu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan