Polis Patahkan Sindiket Dadah Dalam Pek Ubat Selesema

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CHERAS: Polis mematahkan satu sindiket penyeludupan dadah yang menyeludup lebih 2,000 pek yang kononnya didakwa sebagai ubat bernilai kira-kira 100,000 dari Indonesia.

Gang tersebut cuba untuk memperdayakan pihak berkuasa dengan membawa dadah jenis syabu dalam pek ubat selesema.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, empat lelaki yang berumur antara 26 dan 50 tahun, turut ditahan dalam satu serbuan di sebuah unit kondominium di Pudu Impian di sini pada Khamis.

"Keempat-empat mereka positif dadah dan mempunyai rekod kesalahan berkaitan dadah. Salah seorang daripada mereka merupakan individu yang dikehendaki," kata Mohan pada sidang media di ibu pejabat polis daerah Cheras, Jumaat.

Satu pemeriksaan di premis berkenaan menemui beberapa telefon mudah alih, sebuah komputer riba, sebuah alat pemanas, mesin mengedap dan penimbang elektronik.

Ditanya sekiranya kesemua lelaki itu menggunakan unit kondominium tersebut sebagai pusat pengedaran, Mohan berkata, pihaknya menemui pek-pek yang mengandungi pil dengan 16.5 kilogram yang bernilai RM100,000 sudah pun dibungkus.

Tambahnya, kesemua lelaki itu menyewa unit berkenaan selama enam bulan.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya 1952 sementara menunggu keputusan daripada Jabatan Kimia.

Dalam pada itu, Mohan turut berkata, 265 individu termasuk seorang pelajar berumur 13 tahun, telah ditahan oleh pasukan narkotik Cheras di bawah Ops Cantas Khas sejak 1 September lalu.

"Mereka ditahan kerana mengambil dadah, memilikinya dan mengedarkannya. 18 daripada mereka mengedar dadah di kawasan Cheras," katanya, sambil menambah bahawa beberapa penjawat awam antara yang ditahan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan