Polis Kedah Tahan Sembilan Lelaki, Rampas 10 Bom Buatan Sendiri

Diterbitkan: Sabtu, 21 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis Kedah menahan sembilan lelaki dan merampas 10 butir bom buatan sendiri dengan tujuh daripadanya belum siap sepenuhnya dalam serbuan di dua lokasi berbeza di Sungai Petani, Jumaat.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata dalam operasi bermula 11.30 pagi dan berakhir 2.30 petang itu, tujuh daripada sembilan suspek berumur 14 hingga 49 tahun itu ditahan di sebuah bengkel perusahaan kecil dan sederhana manakala dua lagi di sebuah rumah.

Katanya dalam serbuan itu anggotanya merampas tiga bom telah siap dan tujuh bom lagi dalam proses pembikinan selain pelbagai peralatan seperti belerang, paip PVC dan besi.

Beliau berkata polis sedang meneliti sama ada suspek yang ditahan itu terlibat dalam dua kes berkaitan senjata api di daerah Kota Setar dan kes letupan bom yang mengakibatkan kematian seorang wanita tahun lepas di Sungai Petani atau jenayah di negeri lain.

"Bom ini mampu melambungkan sebuah kereta setinggi dua atau tiga tingkat bangunan kalau meletup. Suspek berusia 14 tahun mungkin tidak bersekolah dan kita sedang siasat motif dia terlibat dalam kumpulan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini Sabtu.

Ahmad berkata suspek yang berasal dari negeri ini dan Lembah Klang itu direman selama lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan serta motif mereka membuat 10 bom terbabit.

Beliau berkata suspek ditahan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat).

Sementara itu, Ahmad berkata menerusi Ops Cantas Khas, polis akan menjalankan pemeriksaan secara teliti terhadap orang ramai yang keluar masuk dari negara ini ke negara jiran terutama hari minggu.

Katanya bermula semalam dalam tempoh dua minggu ini, Polis Kedah telah menambah anggota untuk melakukan pemeriksaan berhampiran pintu sempadan Bukit Kayu Hitam bagi menahan sesiapa yang terlibat dalam jenayah.

Beliau berkata setakat ini 40 orang ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk mereka yang terlibat dalam pertubuhan haram, dan masih disiasat untuk dituduh mengikut undang-undang yang ada. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan