Polis Tahan Lima Remaja Pecah Rumah Di Putrajaya

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Polis menahan lima remaja lelaki dipercayai melakukan 12 kes pecah rumah di Presint 17 dan 18 di sini sejak Mac lepas.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata kelima-lima remaja berumur antara 16 dan 21 tahun itu ditahan di kawasan berasingan pada Ahad hingga Rabu lepas.

"Polis berjaya merampas 24 barang yang dipercayai barang curi bernilai RM35,000 antaranya jam tangan jenama Omega, telefon bimbit dan kamera," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Abdul Razak berkata kesemua suspek tiada rekod jenayah itu kini ditahan reman untuk siasatan.

Menurut beliau, kebanyakan rumah yang dipecah masuk adalah rumah yang tidak berkunci terutamanya di bahagian dapur dan bilik air. Dalam perkembangan lain, beliau berkata tiga lelaki warga Nigeria ditahan pada 12 Sept kerana disyaki terlibat dalam jenayah "black money" dengan menipu seorang ibu tunggal membabitkan transaksi RM88,000.

"Mangsa yang berumur 55 tahun telah berkenalan dengan suspek melalui Facebook sejak Julai lalu dan turut ditawarkan untuk berkahwin dengan salah seorang daripada suspek," katanya.

Mangsa telah diperdaya untuk menyerahkan wang tersebut secara berperingkat selain turut memberikan nombor akaun serta kad bank miliknya, katanya.

"Polis bertindak selepas anak mangsa membuat laporan polis dan suspek kemudian berjaya ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan