'Datuk Seri & Isteri' Dalang Sindiket Penipuan Membabitkan RM7.3 Juta Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 20 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menahan lima individu termasuk pasangan yang menyamar sebagai 'Datuk Seri dan isteri' terlibat dalam sindiket penipuan pelaburan membabitkan penipuan kira-kira RM7.3 juta.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata mereka yang ditahan adalah dua lelaki warga tempatan berusia 34 dan 49 tahun, seorang wanita (warga tempatan), 42, manakala dua wanita warga Indonesia berusia 24 dan 42 tahun, masing-masing tanpa permit yang sah.

Polis turut menjumpai seorang bayi lelaki berusia dua bulan dipercayai anak kepada salah seorang wanita warga Indonesia dalam satu serbuah di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, kira-kira pukul 10.20 malam Rabu lalu.

Abdul Rahim berkata 'dalang' dipercayai pasangan yang menyamar sebagai 'Datuk Seri' dan 'Datin Seri' yang diperolehi dari Sultan Johor.

Mereka dipercayai memperdaya mangsa untuk melabur dalam projek hartanah.

Kelima-lima suspek direman sehingga 24 September manakala bayi itu akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan, katanya.

"Kami menerima tiga laporan polis dari 13 mangsa dan kami percaya ramai lagi yang menjadi mangsa.

"Kami menggesa mereka supaya membuat laporan poli," kata Abdul Rahim.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan