Tailong Man: Pemandu Lori Serah Diri Bantu Siasatan

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pemandu lori menyerah diri di Balai Polis Batu Berendam di sini, semalam bagi membantu siasatan kes ugutan bunuh terhadap polis Melaka oleh pemilik laman sosial dikenali 'Tailong Man'.

Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Shah Gzali Khan Shahadad berkata lelaki berusia 26 tahun dari Bentong, Pahang itu menyerah diri pada 6 petang dan direman selama empat hari bermula Khamis.

"Siasatan awal mendapati lelaki berkenaan menafikan mengeluar ugutan dan mendakwa gambarnya digunakan pemilik akaun Facebook terbabit untuk mengugut polis Melaka," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Melaka di sini, Khamis.

Beliau berkata lelaki berkenaan juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Manchis, Bentong Ahad lepas dan mendakwa gambar itu telah disalahguna pemilik akaun Facebook terbabit.

Akaun Facebook terbabit diwujudkan pada 12 Sept untuk melahirkan rasa tidak puas hati dengan kejayaan polis menumpaskan dua anggota kongsi gelap Geng 36 yang mati selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan Lebuhraya SPA-AMJ di sini, pada hari itu.

Tailong Man mengugut Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye, pegawai serta anggota polis negeri itu kerana menembak rakan perniagaannya yang dipercayai turut terbabit dalam aktiviti pengedaran dadah sebelum akaun itu didapati tidak aktif sehari selepas kejadian.

Dalam perkembangan lain, Shah Gzali Khan berkata dua lelaki berusia 25 dan 32 tahun ditahan di sebuah rumah di Krubong di sini pada 3.30 petang, semalam bagi membantu siasatan dua kes ragut yang menyebabkan kematian seorang wanita warga emas.

Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit tidak mempunyai pekerjaan tetap dan positif dadah jenis methaphetamine.

Dalam kejadian samun di Jalan Gajah Berang di sini Jumaat lepas, seorang wanita berusia 70 tahun yang koma setelah terjatuh dan terhantuk di jalan akibat diragut dua lelaki menaiki motosikal, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Melaka pada 1.15 pagi semalam.

Kedua-dua lelaki terbabit, sebelum itu dilapor gagal meragut rantai emas seorang remaja perempuan berusia 17 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan