SPRM Tahan Penyeludup Cuba Rasuah Pegawai KPDNKK

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang lelaki yang disyaki penyeludup minyak ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika cuba merasuah pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang menyerbu sebuah gudang di Kampung Melayu, Padang Besar pada Rabu.

Timbalan Pengarah Penguat Kuasa KPDNKK, Datuk Iskandar Halim Sulaiman ketika dihubungi di Putrajaya hari ini berkata lelaki berusia 40 tahun itu cuba memberi suapan sebanyak RM2,000 namun pegawai KPDNKK menyerahkan lelaki itu untuk tindakan SPRM.

Katanya dalam serbuan bersama KPDNKK dan SPRM ke atas gudang yang dipercayai beroperasi sejak tiga tahun lepas, kira-kira 2,000 liter petrol ditemui disimpan di gudang haram itu yang dipercayai menjadi tempat pengumpulan minyak sebelum diseludup ke negara jiran.

Menyedari tindakan tegas pihak berkuasa, lelaki berkenaan cuba merasuah seorang pegawai penguat kuasa berpangkat penolong pengawal bekalan Malaysia KPDNKK berpejabat di Putrajaya dengan harapan perbuatannya dapat dimaafkan dan tidak diambil sebarang tindakan.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan terpuji pegawai itu menyebabkan lelaki itu ditahan SPRM untuk tindakan mengikut Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Mengikut seksyen itu, mereka yang memberi atau menawarkan rasuah jika sabit kesalahan boleh dihukum sama berat dengan kesalahan Seksyen 17(a) iaitu menerima rasuah, iaitu penjara maksimum 20 tahun dan didenda tidak kurang lima kali nilai suapan jika suapan dapat dinilai atau RM10,000 mana yang lebih tinggi.

Lelaki itu juga disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barangan kawalan tanpa dokumen yang sah daripada KPDNKK.

Operasi yang diketuai Ketua Penolong Kanan Penguasa Cawangan Projek Khas Bahagian Perisikan SPRM, Mohd Yussof Zakaria itu turut menyita 1,000 liter petrol dari sebuah gudang haram yang terletak dalam kampung sama.

Seorang lelaki berusia lingkungan empat puluhan yang berada di situ juga ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Bekalan 1961.

Iskandar Sulaiman berkata berdasarkan risikan selama sebulan, pihaknya percaya petrol itu dibeli dari stesen minyak berhampiran sedikit demi sedikit untuk dikumpul sebelum diseludup.

Beliau berkata harga minyak yang rendah di negara ini mendorong penyeludup untuk meneruskan kegiatan mereka untuk mengaut keuntungan mudah. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan