Guru Disiplin Ditahan Disyaki Cabul Pelajar

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang guru disiplin sebuah sekolah rendah di ibu negara ditahan Sabtu lepas kerana dipercayai mencabul bekas pelajarnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata guru lelaki berumur 35 tahun itu ditahan di rumahnya, di Bandar Baru Sentul berikutan laporan polis yang buat oleh pelajar berumur 13 tahun itu Jumaat lepas.

Pelajar berkenaan mendakwa bapa kepada dua orang anak itu telah mencabul kehormatannya sejak tahun lepas, katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini Rabu.

Kejadian terbaharu berlaku Jumaat lepas apabila pelajar itu dipanggil oleh guru berkenaan supaya membantunya.

Pelajar itu lari ke balai polis berhampiran untuk membuat aduan.

Khairy berkata guru itu kini ditahan reman tujuh hari bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan