Dua Laporan Polis Dibuat Bantah Mayat Chin Peng Dibawa Masuk Ke Malaysia

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Dua laporan polis dibuat di negeri ini bagi membantah mayat atau abu Chin Peng dibawa masuk ke negara ini untuk dikebumikan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Sabah dan Pemuda Umno Libaran masing-masing membuat laporan itu di balai polis berhampiran.

Naib Yang Dipertua PBTM Sabah Mohd Rakim Abdullah berkata tindakan itu dibuat kerana pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu telah menyebabkan banyak anggota keselamatan terkorban dalam mempertahan kedaulatan negara.

Menurut PBTM ada antara anggota tentera yang terlibat dalam perjuangan menentang PKM masih hidup tetapi mengalami kecederaan kekal.

Ketua Cawangan PBTM Bahagian Kota Kinabalu Adrin Abdullah berkata ingatan terhadap mereka yang terkorban semasa menjalankan operasi di Perak dan Kedah masih segar dalam ingatan.

"Pada ketika itu kira-kira 800 orang anggota tentera dari negeri ini bertugas di Semenanjung dan pengalaman yang begitu terkesan hingga kini ialah bila melihat beberapa orang rakan putus kaki akibat jerangkap samar komunis," katanya.

Sementara itu di SANDAKAN, Pemuda Umno Libaran membuat laporan polis melalui Ketua Penerangan Mazlani Jenuary dan Pengerusi Persatuan Moral dan Pembangunan Insan Malaysia cawangan Sabah, Asmawi Asa.

Asmawi berkata Chin Peng bukan pejuang negara bahkan merupakan pengganas yang terkenal dengan sifat kezalimannya.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Rowell Marong ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Chin Peng, 88, yang tinggal dalam buangan di Thailand, meninggal dunia di sebuah hospital di Bangkok pada Isnin akibat sakit tua. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan