560,000 Liter Diesel Subsidi Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

Diterbitkan: Khamis, 19 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 560,000 liter diesel subsidi bernilai RM3.1 juta dalam serbuan di sebuah jeti persendirian, di pekan Sungai Rengit, dekat Pengerang Isnin lepas.

Ketua Unit Pasukan Petugas Khas 3 Bahagian Penguatkuasaan KPDNKK Sabtu Ibrahim berkata serbuan pada 3.30 pagi itu dilakukan 11 anggotanya dan 12 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan hasil maklumat orang ramai.

"Pihak berkuasa turut menyita tiga kapal tangki, lapan lori tangki, enam tangki skid berisi diesel yang diletakkan berhampiran jeti itu berserta beberapa peralatan memindahkan diesel. "Seramai 20 anak kapal melibatkan rakyat tempatan, Indonesia dan Myanmar berusia 20 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan itu," katanya kepada pemberita, di sini, Khamis.

Sabtu berkata ketika serbuan, kesemua anak kapal berkenaan sedang memindahkan diesel daripada tangki ke kapal mereka dan hasil siasatan, pihaknya percaya kegiatan penyelewengan itu dilakukan sejak awal tahun ini.

Beliau berkata pihaknya juga percaya diesel subsidi itu dibeli dari stesen minyak di seluruh negara dan dibawa ke Pengerang menggunakan lori tangki dan dipindahkan ke dalam tangki skid berhampiran jeti sebelum dipindahkan ke kapal untuk dijual kepada pihak lain atau kapal-kapal di sekitar perairan Pengerang.

Sabtu berkata pihaknya kini menjalankan siasatan lanjut terhadap kesemua anak kapal terbabit selain mengenalpasti individu lain yang berkemungkinan terlibat dengan kegiatan itu.

"Kes disiasat KPDNKK mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 oleh APMM kerana melakukan pemindahan dan penerimaan minyak di laut tanpa kebenaran," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan