Polis Tumpas Sindiket Penipuan Pinjaman Palsu, Tahan Lima Lelaki

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis menumpaskan sindiket penipuan yang mengaut keuntungan RM62,600 selepas menawarkan skim pinjaman palsu apabila menahan lima lelaki di sebuah premis di sini, Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri ACP Roslee Chik berkata suspek yang berumur 26 hingga 61 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri setelah membuat risikan sejak sebulan lalu.

"Sebanyak 29 laporan polis diterima berkaitan penipuan ini daripada mangsa di Pulau Pinang dan Kedah melibatkan kerugian berjumlah kira-kira RM62,600," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Beliau berkata polis turut merampas dua telefon bimbit, wang tunai RM570, sebuah kereta Honda Civic dan beberapa kad ATM dan kad kredit milik individu berbeza.

Modus operandi yang digunakan sindiket terbabit ialah mengiklankan pinjaman wang menggunakan nama 'Lim San Credit' yang dicetak dan ditampal di bangunan-bangunan kediaman, kedai, telefon awam dan tiang lampu elektrik di sekitar Pulau Pinang.

Roslee berkata mangsa yang tertarik dengan iklan itu menelefon suspek sebelum temujanji untuk menerangkan prosedur pinjaman itu diatur selain mangsa turut diminta memasukkan sejumlah wang sebagai syarat.

"Peminjam yang terpedaya akan mengikut arahan suspek dan hanya menyedari tertipu setelah gagal menghubungi suspek beberapa hari kemudian untuk bertanyakan tentang pinjaman yang dimohon," katanya.

Beliau berkata siasatan polis mendapati sindiket itu menggunakan lima akaun Maybank milik beberapa penarik beca yang dipercayai penagih dadah dan pemilik akaun itu dibayar RM200 sebulan atau RM100 setiap dua minggu.

Suspek utama telah dituduh di mahkamah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 16 pertuduhan kerana menipu, katanya.

Polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat supaya tampil membuat laporan, selain mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai iklan di tepi jalan yang menawarkan pinjaman mudah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan