Polis Melaka Nafi Keluar Kenyataan Kekacauan Libatkan Kongsi Gelap

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Polis Melaka menafikan ada mengeluarkan kenyataan menerusi SMS, Facebook atau Whatsapp berhubung kekacauan melibatkan anggota kongsi gelap yang didakwa akan berlaku di beberapa lokasi di negeri ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye sebaliknya berkata maklumat palsu itu dikeluarkan individu tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan situasi tidak selamat dan rasa bimbang orang awam terhadap keselamatan mereka.

Beliau berkata antara lokasi yang disebut dalam kenyataan itu ialah di sekitar Krubong, Durian Tunggal, Masjid Tanah, Bukit Beruang, Stesen Petron Malim, Gadek dan Stesen Shell Sungai Udang.

Katanya kenyataan palsu itu dipercayai tersebar sejak 12 Sept selepas dua lelaki anggota Geng 36 mati dalam kejadian berbalas tembak dengan polis di persimpangan lebuh raya SPA-AMJ dekat Cheng di sini.

"Polis Melaka ingin menegaskan bahawa tiada sebarang kenyataan telah dikeluarkan mengenai ancaman dan lokasi yang didakwa akan berlakunya kekacauan sebagaimana yang disebarkan sebelum ini," katanya dalam kenyataan di sini Rabu.

Sehubungan itu, beliau berkata orang ramai tidak perlu berasa khuatir tentang keselamatan mereka dan jangan mempercayai sebarang maklumat tanpa mengetahui sumber yang tepat.

Polis Melaka hanya mengeluarkan kenyataan menerusi akhbar, laman rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Facebook Polis Melaka atau orang ramai boleh menghubungi talian hotline 06-2851999 untuk mendapatkan maklumat sahih, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan