Polis Buru Wanita Bantu Siasatan Kes Penipuan Pembelian Rumah LPPB

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Polis sedang memburu seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan pembelian rumah Lembaga Perumahan dan Perancangan Bandar (LPPB).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah Supt Saiman Kasran berkata wanita itu dikenali sebagai Kee Noorayudah Mohd Ayub, 25, beralamat terakhir di JKR 3007 Jalan OKK Abu Bakar, Tawau.

"Suspek mendakwa dia adalah ejen yang menawarkan pembelian rumah LPPB yang menghendaki mangsa membayar wang pendahuluan dan sebagai cagaran mangsa akan diberikan salinan kad pengenalan milik wanita itu (suspek)," katanya pada sidang akhbar di sini, Rabu.

Saiman berkata wanita itu disyaki telah menipu wang pendahuluan untuk urusan pembelian tanah bernilai RM1,000 hingga RM52,000 dan sehingga kini polis menerima 19 laporan mengenai penipuan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu atau kes berkenaan diminta menghubungi Bilik Gerakan IPK Sabah di talian 088-318555 atau bali polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan