Lelaki Ditemui Mati Dipercayai Dibunuh Di Ladang Kelapa Sawit

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh dalam sebuah ladang kelapa sawit di Felda Bukit Waha, dekat sini, dua hari lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi DSP Low Han Seng berkata mayat mangsa ditemui orang awam di dalam semak sebelum menghubungi polis kira-kira pukul 2.20 petang.

"Polis yang tiba di lokasi mendapati mayat lelaki terbabit berada dalam keadaan terlentang tanpa pakaian. Mayat itu juga sudah reput dan dihurungi lalat," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi, di sini, Rabu.

Low berkata identiti lelaki yang berbadan kurus dengan ketinggian kira-kira lima kaki dua inci itu belum dapat dipastikan kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri padanya.

Beliau berkata polis menemui beberapa pakaian yang dipercayai miliknya pada jarak 10 meter dari tempat mayat ditemui antaranya sehelai seluar jeans warna biru jenama Levi's, baju T berwarna coklat dan seluar dalam berwarna hitam.

Katanya mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Baharu dan hasil bedah siasat mendapati dia mengalami lebam pada tangan kiri dan dada kanan selain patah dua tulang rusuk sebelah kanan.

"Terdapat juga kesan lebam di bahagian belakangnya yang dipercayai dari kesan hentakan objek tumpul," katanya.

Menurut Low, tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Sehubungan itu, polis katanya meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Kota Tinggi ASP Mohd Fadhil Minhat di talian 07-8837222 atau 07-8831222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan