Lelaki Ditahan Miliki Dua Senapang Angin Buatan Sendiri

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis menahan seorang lelaki dan merampas dua laras senapang angin buatan sendiri di Kampung Pahat Dalam, Gerik pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Perak Datuk A Paramasivam berkata lelaki berusia 56 tahun itu ditahan di rumahnya kira-kira pukul 1.30 pagi.

"Polis menjumpai dua laras senapang angin yang disembunyikan di belakang tandas di tepi rumah itu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini Rabu.

Paramasivam berkata lelaki itu direman lima hari bermula Selasa untuk siasatan lanjut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan