Anak Perempuan Jadi Korban Pasangan Suami Isteri Mahu Bunuh Diri

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibu bapa kepada anak perempuan yang terkorban.
Ibu bapa kepada anak perempuan yang terkorban.

PETALING JAYA: Dua ibu bapa terselamat dalam dua cubaan bunuh diri. Walau bagaimanapun, seorang anak perempuan mereka berusia lima tahun meninggal dunia ketika pasangan itu cuba membunuh diri mereka sendiri serta dua anak mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, bapanya yang berusia lingkungan 50 tahun dan ibunya yang berusia 30-an cuba membunuh diri kali pertama pada 11 September di rumah mereka di Sri Manja Square, off Jalan Klang Lama di sini.

"Mereka membakar arang di dalam bilik tidur utama sebelum mereka sekeluarga masuk tidur tetapi tidak berjaya," katanya.

Keesokan harinya, pasangan ibu bapa itu cuba membunuh diri lagi. Kali ini mereka berjaya membunuh anak perempuan mereka.

"Anak perempuan mereka itu dipercayai meninggal dunia semasa percubaan kali kedua," katanya kepada pemberita di tempat kejadian pada Rabu.

Arjunaidi berkata pasangan itu membawa mayat anak perempuan mereka ke Klang bagi mencari tempat untuk melupuskannya pada 13 September.

Walau bagaimanapun, mereka terpaksa membawa balik mayat ke rumah mereka apabila mereka tidak dapat mencari tempat yang sesuai.

Pada pagi Rabu, mayat anak perempuannya itu ditemui selepas guru tadikanya memberitahu ibu bapa kepada rakan sekelasnya untuk memeriksa muridnya yang tidak hadir ke sekolah selama lima hari.

"Ibu bapa rakan sekelas dan anaknya lelakinya pergi ke apartmen dan menekan loceng tetapi tidak ada yang menjawab," kata Choo, yang merupakan seorang pemilik kedai di Sri Manja Square.

"Anak lelaki pasangan yang cuba membunuh diri berusia tujuh tahun membuka pintu dan memberitahu mereka bahawa kakaknya telah mati. Mereka kemudian mendapati kanak-kanak perempuan itu mati di bilik tidur utama."

Ibu bapa rakan sekelas kemudiannya menghubungi polis. "Siasatan awal menunjukkan bahawa keluarga itu menghadapi masalah kewangan. Bapa, yang merupakan seorang kontraktor sudah tidak berkerja hampir sebulan," katanya, sambil menambah polis juga menemui wayar kabel di rumah itu.

"Kami percaya mereka juga merancang untuk menggantung diri mereka tetapi kami masih menyiasat," katanya.

Arjunaidi berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya manakala abangnya telah dihantar kepada saudara. Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan