10 Pengedar Dadah Bakal Berdepan Hukuman Mati Mandatori

Diterbitkan: Rabu, 18 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seramai 10 daripada 68 pengedar dadah yang ditahan dalam Ops Cantas yang dilaksanakan di Kelantan sejak 18 Ogos lepas, bakal berdepan hukuman mati mandatori.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata 10 pengedar dadah itu bakal dibicarakan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Katanya, seramai 17 pengedar dadah bakal dibicarakan di bawah Seksyen 39A(2) ADB 1952, sementara 41 pengedar lagi akan dibicara mengikut Seksyen 39A(1)ADB 1952.

"Jumlah keseluruhan yang ditangkap berkaitan dadah adalah seramai 1,394 orang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Bengkel Kesedaran dan Pencegahan Jenayah di Mes Pegawai Kanan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa di sini, Rabu.

Beliau berkata pihaknya juga merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM433,780.51 dan menyita lima kereta serta enam motosikal bernilai RM141,200 sepanjang ops berkenaan.

Selain kesalahan dadah, Jalaluddin berkata seramai 1,326 orang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah iaitu enam mengikut Akta Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 dan tiga lelaki disyaki anggota kumpulan kongsi gelap.

Beliau berkata bagi memperhebatkan Ops Cantas, polis mengetatkan kawalan di sempadan dengan kerjasama beberapa agensi keselamatan lain.

Mengulas mengenai aktiviti jenayah yang dilakukan remaja bawah umur, beliau berkata seramai 102 orang ditahan sejak Januari hingga Ogos lepas berbanding 62 orang sepanjang tahun lalu.

Dalam kes berasingan, beliau berkata seorang lelaki yang disyaki terlibat sebagai perancang pembunuhan seorang lelaki berusia 50an ketika sedang bersarapan bersama keluarganya di sebuah warung di Kampung Kemasin, Bachok, pada Februari lepas, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kota Baharu, Selasa.

"Suspek menyerah diri selepas membaca laporan surat khabar mengenai dirinya dan ditahan reman selama tujuh hari mulai Selasa," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan