Puak Syiah Buat Laporan Polis Terhadap Mufti Kedah - Berita Jenayah | mStar

Puak Syiah Buat Laporan Polis Terhadap Mufti Kedah

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Ketua Syiah Kedah Abdullah Hassan pada Ahad membuat laporan polis terhadap Mufti kerajaan negeri Kedah Datuk Syeikh Baderudin Ahmad yang didakwa membuat kenyataan berunsur fitnah, hasutan dan spekulasi berkaitan ajaran yang mereka anuti.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar pada pukul 3 petang tadi dengan mensabitkan Baderudin telah secara sengaja mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa kewujudan masyarakat minoriti Syiah Immamiah Ja'afariah di Kedah telah menyebabkan suasana masyarakat di negeri ini seolah-olah tidak tenteram. "Kenyataan Baderudin pada 13 Sept lepas tidak benar kerana selama ini kami tidak pernah membuat sebarang provokasi terhadap masyarakat dan sama sekali tidak berhasrat menyebaran fahaman Syiah di Kedah," katanya kepada media selepas membuat laporan itu.

Abdullah juga berkata pihaknya tidak akan berhenti mengamalkan ajarah Syiah dan sekiranya perlu bahan bacaan berkenaan ajaran Syiah akan diterbitkan bagi menjawab segala fitnah yang dilontarkan kepada mereka. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan