Lans Koperal Guna Revolver Tembak Isteri & Bapa Mentua - Polis

Diterbitkan: Ahad, 15 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LEDANG: Seorang Lans Koperal polis yang menembak mati isteri dan bapa mentuanya sebelum menembak diri sendiri dalam satu kejadian tragis pada Sabtu, menggunakan sepucuk pistol jenis Revolver .38 untuk menembak mangsa.

Ketua Polis Daerah Ledang Supt Harun Idris berkata revolver itu merupakan senjata yang dibekalkan kepada anggotanya untuk bertugas. Beliau berkata siasatan awal mendapati kematian suspek Lans Koperal Fadzly Omar, 29, dan bapa mentuanya Abd Kadir Md Arif, 66, berpunca daripada tembakan di kepala. "Suspek meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapa mentuanya yang dikejarkan ke Hospital Tangkak oleh orang awam meninggal dunia kira-kira 8.15 malam sebaik saja tiba di hospital," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ledang, di sini Ahad.

Harun berkata suspek merupakan seorang anggota polis yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasnya dan tidak pernah mempunyai rekod disiplin sepanjang tujuh tahun berkhidmat dalam pasukan itu.

Bagaimanapun, katanya, polis menyiasat dari pelbagai aspek dan akan memanggil beberapa saksi untuk membantu siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Sementara itu, tinjauan mendapati rumah mangsa di Jalan Sialang di sini dipenuhi jiran tetangga dan sanak saudara sejak pagi untuk menziarahi keluarga Allahyarham Abd Kadir yang merupakan imam di kampung berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam semalam, anggota polis itu dikatakan terlebih dahulu menembak isterinya, Norakmal Abdul Kadir, 28, di kuarters Pondok Polis Felda Chempelak di Labis, Segamat sebelum pergi ke rumah bapa mentuanya di Kampung Padang Lerek 1 yang terletak hampir 90 kilometer dari situ.

Dia dikatakan mencari ibu mentuanya tetapi gagal dan terserempak dengan Abdul Kadir yang ketika itu sedang bersiap-siap hendak ke masjid lalu menembaknya.

Suspek kemudian bertindak menembak diri sendiri dan rebah serta meninggal dunia di rumah itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan