Suspek Ugut Bunuh KPN Serah Diri Di IPD Cheras

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga jualan langsung menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Jumaat berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata suspek berusia 33 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

"Suspek itu datang seorang diri untuk serah diri, dan kami telah hantar suspek itu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk diambil keterangan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka itu tiada rekod lampau.

Peniaga itu didakwa mengeluarkan komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam dengan menulis: "can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?" semasa memberi komen dalam laman sosial kawannya mengenai kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36.

Berikutan kenyataan itu, satu laporan polis dibuat oleh pihak polis di IPD Dang Wangi di sini semalam. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan