Polis Serdang Tahan Anggota Geng 08

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Seorang lelaki dipercayai anggota Geng 08 ditahan dalam Ops Cantas di Taman Sri Serdang di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd Razak Elias berkata lelaki berumur 36 tahun itu ditahan kira-kira pukul 11.20 malam di dalam sebuah kereta Toyota Harrier.

Beliau berkata turut dirampas ialah sehelai jaket yang mempunyai lambang polis integriti, baju hujan polis serta baju T yang mempunyai lambang pistol yang biasa digunakan oleh anggota polis, sepaket kecil Syabu serta sebilah pisau Rambo.

"Kita percaya dia anggota Geng 08 berdasarkan tatu geng itu yang terdapat pada lengan kanan serta dadanya," katanya kepada pemberita pada majlis penutupan Kejohanan Bola Jaring Piala Ketua Polis Selangor di German Malaysia Institute di sini Jumaat.

Abd Razak berkata pihaknya percaya barangan yang dirampas dari suspek yang bekerja sendiri itu digunakan untuk kegiatan jenayah.

Pada majlis yang disempurnakan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Shukri Dahlan itu, pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang memenangi kejohanan.

Kejohanan tersebut sebagai persiapan polis Selangor sebelum bertanding di peringkat kontinjen di Pulau Pinang selama dua hari mulai 28 September ini.

Kontinjen Selangor muncul johan sebanyak lapan kali berturut-turut sejak 2005. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan