Dua Anggota Geng 36 Terbunuh, Berbalas Tembakan Dengan Polis

Diterbitkan: Jumaat, 13 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36 terbunuh selepas berbalas tembak dengan polis di persimpangan Lebuhraya SPA-AMJ, berdekatan pasar raya Tesco Melaka Cheng di sini, Khamis.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dalam kejadian pukul 9.20 pagi itu, sepasukan polis dari Bukit Aman dan Melaka mengesan kedua-dua suspek termasuk yang dikenali 'Teratai Boy', menaiki kereta Perodua Myvi.

Apabila diarah berhenti oleh polis, suspek melepaskan tembakan ke arah polis menyebabkan polis terpaksa membalas tembakan bagi mempertahankan diri dan akhirnya polis berjaya menumpaskan suspek yang berusia 25 dan 35 tahun itu, katanya kepada pemberita, di sini.

Menurut Khalid, kejadian itu juga membantu polis menyelesaikan tujuh kes bunuh, satu kes cubaan bunuh dan dua kes samun yang membabitkan seorang daripada suspek.

Lelaki ini memang dikehendaki dan polis pernah meminta bantuan orang ramai untuk mengesannya pada hujung bulan lepas bagi membantu siasatan, katanya.

Beliau berkata seorang lagi suspek mempunyai satu rekod jenayah berkaitan dadah.

Mengulas kejadian berbalas tembak itu, Khalid berkata suspek melepaskan lima tembakan ke arah polis dengan ada yang mengenai kereta pasukan keselamatan.

Katanya, pemeriksaan ke atas kenderaan suspek menemukan dua pucuk pistol automatik serta dadah jenis ganja selain lencana Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan lencana integriti yang dipakai anggota PDRM pada badan suspek.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi memastikan sama ada kedua-dua suspek ialah pembunuh upahan dan menyamar sebagai anggota polis, katanya.

Menurut Khalid, susulan kejadian itu polis menyerbu sebuah rumah milik seorang suspek dan menahan seorang lelaki dan wanita, masing-masing berusia 34 dan 35 tahun bagi membantu siasatan.

Polis turut merampas sebuah kereta mewah serta peralatan pecah rumah dari rumah itu.

Sambil berterima kasih kepada orang awam yang membantu polis sehingga tumpasnya dua suspek tersebut, Khalid berjanji PDRM akan meneruskan Ops Cantas untuk mengesan penjenayah di negara ini.

Katanya Ops Cantas juga akan diperluas secara besar-besaran ke Sabah dan Sarawak. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan