Warga Colombia Loloskan Diri Ditahan Semula

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Colombia yang melarikan diri daripada kawalan polis ketika dalam perjalanan ke mahkamah Disember tahun lepas, ditahan di sebuah unit pangsapuri di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat ini Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata suspek berumur 23 tahun itu ditahan bersama dua lagi wanita asing, masing-masing dari Colombia dan Costa Rica, oleh sekumpulan anggota polis yang menyerbu unit kediaman itu pada kira-kira 6.30 petang.

Katanya, polis turut menemui pelbagai barangan curi di situ termasuk beberapa komputer riba, telefon bimbit, kamera pelbagai jenama, geran perakuan pendaftaran kenderaan milik seorang lelaki tempatan dan dua keping pasport.

"Siasatan mendapati kesemua suspek yang ditahan terlibat melakukan jenayah pecah rumah di Seri Kembangan, Selangor. "Dengan tertangkapnya kesemua suspek, polis menyelesaikan lima kes di Lembah Klang termasuk dua kes pecah rumah di Serdang selain satu kes cubaan bunuh di Brickfields," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini Khamis.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua lelaki warga Colombia yang ditahan atas kesalahan kes pecah rumah, meloloskan diri daripada kawalan polis pada 4 Dis tahun lepas ketika dalam perjalanan ke mahkamah di Petaling Jaya.

Sehingga kini, seorang lagi suspek masih bebas dan dipercayai telah meninggalkan negara ini.

Mohd Shukri berkata kesemua suspek berusia antara 23 dan 34 tahun ditahan reman mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah masuk, manakala lelaki warga Colombia itu turut disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan kerana meloloskan diri daripada kawalan polis. Dalam pada itu, Mohd Shukri berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama-sama Jabatan Imigresen untuk memperketat syarat kemasukan warga Amerika Latin ke negara ini kerana ada yang dikesan terlibat dalam banyak kes jenayah seperti pecah rumah dan samun.

Beliau berkata polis Selangor menahan 28 warga Amerika Latin di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang sepanjang tahun lepas atas pelbagai kesalahan, manakala 12 ditahan sejak awal Januari sehingga hari ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan