Tahanan Warga Iran Larikan Diri Dari Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis meminta kerjasama orang ramai untuk menjejaki seorang tahanan lelaki warga Iran yang melarikan diri ketika hadir di mahkamah di sini bagi sebutan kesnya pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata Rafat Manesh Gavhei Mahmood, 48, ditahan pada 20 Feb lepas kerana kesalahan di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952, dipercayai melarikan diri pukul 10.30 pagi ketika berada di sekitar sel tahanan mahkamah tersebut dengan tangannya tidak bergari.

"Kejadian berlaku selepas lelaki berkenaan selesai mendengar sebutan kesnya mengenai perpindahan kes tersebut dari Mahkamah Majistret ke Mahkamah Tinggi.

"Kita difahamkan, lelaki itu melarikan diri ketika dia dan beberapa tahanan lain dalam proses untuk dibawa balik ke Penjara Sungai Buloh," katanya pada sidang media di sini .

Arjunaidi berkata lelaki itu yang mempunyai dua alatam iaitu USJ 5, Subang Jaya dan Regalia Residency Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, ditahan di USJ 8, atas kesalahan dadah.

Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang koperal polis yang ditugaskan mengendalikan tahanan, ditahan untuk membantu siasatan sejurus menerima rawatan di hospital.

Katanya koperal berumur 50-an itu cedera di tangan selepas bergelut dengan lelaki Iran itu ketika melarikan diri.

"Kita tidak menolak kejadian itu mempunyai kaitan dengan kecuaian anggota polis yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika mengendalikam tahanan di mahkamah," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 233/224 Kanun Keseksaan kerana cuai membiarkan seseorang lari dari kurungan.

Beliau berkata polis sedang menjalankan siasatan terperinci daripada semua sudut termasuk kemungkinan wujud penglibatan 'orang dalam' dalam kejadian itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan