Suspek Kes Curi Gigit Jari Polis Untuk Lolos Diri - Berita Jenayah | mStar

Suspek Kes Curi Gigit Jari Polis Untuk Lolos Diri

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang anggota polis di sini cedera pada jari kelingking tangan kirinya selepas digigit seorang lelaki yang disyaki terbabit dalam kes mencuri satu unit kabinet besi di Batu 2, Jalan Apas di sini.

Kejadian berlaku pukul 8 malam Isnin lepas ketika anggota polis itu bergelut dengan suspek berusia 21 tahun berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah kepada pemberita hari ini. "Semasa membuat rondaan di situ, dua orang anggota kami terserempak dengan tiga lelaki sedang mengangkat almari besi di kawasan kelapa sawit. Anggota kami terus menahan mereka dan membuat pemeriksaan. " Bagaimanapun ketiga-tiga lelaki itu bertindak agresif lalu berlaku pergelutan. Seorang daripada lelaki itu menggigit jari kelingking anggota kami untuk melepaskan diri," katanya.

Awang Besar berkata suspek yang menggigit jari anggota polis itu berjaya ditahan namun dua rakan subahatnya dapat meloloskan diri selepas mereka menendang dan memukul anggota polis berkenaan.

Anggota polis yang cedera pada jari itu dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Tawau, katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan