Dua Pelajar Rakan Sekelas Maut Kemalangan - Berita Jenayah | mStar

Dua Pelajar Rakan Sekelas Maut Kemalangan

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Dua pelajar yang merupakan rakan sekelas maut selepas motosikal ditunggangi mereka bertembung dengan sebuah kereta yang membuat pusingan 'U' di simpang Kelibang, di sini, malam Rabu.

Dalam kejadian kira-kira 10.55 itu, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri Langkawi itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Langkawi Supritendan Harith Kam Abdullah berkata akibat pertembungan itu, kedua-dua pelajar itu Muhammad Fauzan Mohd Fuad, 17, dan Muhammad Farris Azizi Mohd Hasrin, 17, tercampak ke atas jalan.

Katanya pemandu kereta terbabit seorang wanita berumur 30-an tidak cedera.

Kedua-dua pelajar itu bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) November ini. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan