APMM Tahan Dua Kapal Pindah Minyak Secara Haram di Perairan Tanjung Piai

Diterbitkan: Khamis, 12 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan dua kapal tangki kerana melakukan aktiviti pemindahan minyak secara haram di perairan Tanjung Piai, Pontian, pada Rabu.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Johor Baharu Kepten Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata kapal MT Moonlight dan MT Amanda itu dikesan berhimpit antara satu sama lain di kedudukan 4.4 batu nautika tenggara Tanjung Piai, pukul 2 petang.

"Pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal terbabit melakukan aktiviti pemindahan minyak jenis Marine Gas Oil (MGO) secara haram bermula pukul 12 tengah hari dengan MT Moonlight sudah memindahkan 53,470 liter dari 300,000 liter minyak ke kapal MT Amanda," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Terdapat 14 anak kapal warga Indonesia berumur antara 21 hingga 55 tahun berada di atas kedua-dua kapal berkenaan.

Menurut beliau, MT Moonlight didaftarkan di Tuvalu manakala MT Amanda didaftarkan di Mongolia. Katanya, siasatan mendapati kedua-dua kapal itu gagal mengemukakan dokumen atau permit untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.

"Kedua-dua kapal itu juga melakukan kesalahan lain seperti bersauh tanpa kebenaran dan gagal melaporkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia," katanya.

Aminuddin berkata, kapten, lima anak kapal dan ketua jurutera dibawa ke Ibu Pejabat APMM Johor Baharu untuk siasatan manakala baki anak kapal ditahan di atas kapal.

Katanya, pemilik kapal terbabit boleh didakwa mengikut Seksyen 491B(1)(k) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu gagal memaklumkan ketibaan kapal dalam perairan Malaysia dan gagal memaklumkan kepada Pengarah Laut untuk melakukan aktiviti pemindahan minyak dari kapal ke kapal.

Jika sabit kesalahan, pemilik kapal boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya sekali. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Kolumnis

iklan

Iklan