Pasangan Suami Isteri Jepun Maut Terkena Renjatan Elektrik Tinggalkan Seorang Bayi

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki berusia enam bulan berada di bawah jagaan pembantu rumah ketika pasangan suami isteri Jepun terbunuh selepas pemanas air elektrik mengalami kerosakan.

Ahli keluarga pasangan itu dijangka tiba lewat hari Selasa untuk urusan menuntut mayat dan mengambil hak jagaan bayi yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor.

Polis telah merakamkan kenyataan daripada pembantu rumah yang bekerja dengan pasangan yang meninggal dunia itu.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah berkata siasatan polis menunjukkan pasangan itu, kedua-duanya berusia 38 tahun meninggal dunia akibat kejadian yang tidak diingini berkaitan salah satu alat elektrik. "Kenyataan daripada pembantu rumah, yang merupakan warga tempatan, menunjukkan bahawa tiada unsur jenayah.

"Kami mendapati bahawa lelaki Jepun berkenaan bekerja sebagai pengurus kilang," katanya ketika dihubungi, Selasa.

Beliau berkata bedah siasat itu dijangka siap pada Selasa.

Jelasnya ahli keluarga pasangan itu dijangka tiba dari Jepun petang ini.

"Ahli keluarga pasangan itu dijangka menuntut mayat pada hari ini," katanya.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sebuah blok apartmen di Mont Kiara, yang merupakan tempat kejadian dua insiden mengerikan, menjadi tajuk utama sekali lagi apabila pasangan Jepun ditemui mati di bilik mandi mereka pada Isnin.

Pasangan itu dipercayai telah terkena renjatan elektrik.

Difahamkan bahawa pembantu rumah menemui mayat pasangan suami isteri, kira-kira pukul 10 pagi Isnin di pangsapuri tingkat 13 itu.

Pada Julai 2007, mayat ahli perniagaan Singapura, Goh Yoke Seng yang dikerat ditemui dalam peti sejuk yang dibalut dengan pita pelekat.

Seorang lelaki yang telah membeli unit berkenaan yang dilelong menemui mayat ketika membersihkan unit yang terletak di tingkat 19.

Unit tersebut telah kosong selama lebih dari tiga bulan sebelum mayat ditemui.

Blok apartmen yang sama juga merupakan tempat kejadian kebakaran di mana anak seorang pegawai kanan polis terbunuh beberapa tahun yang lalu.

Anak kepada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Datuk Koh Hong Sun meninggal dunia selepas letupan di tingkat 32 unit apartment pada bulan Julai 2009.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan