Ops Cantas KL: 34 Ahli Kongsi Gelap Ditahan

Diterbitkan: Selasa, 10 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.

Beliau berkata dalam serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi 'hotspot' pada Sabtu dan Ahad lepas sahaja, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.

"Dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan hasil pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka.

"Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Mohmad berkata seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A'wan.

Kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun dan kini direman sehingga 14 September, katanya.

Turut didedahkan dalam sidang media itu ialah penahanan seorang lelaki berusia 40an yang memiliki watikah pelantikan sebagai 'ayahanda'.

Beliau dipercayai terlibat dengan kumpulan silat. Tiga pucuk pistol palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.

"Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatoo...kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap," katanya.

Mohmad berkata lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan