Lelaki Maut Dilanggar Keretapi

Diterbitkan: Ahad, 8 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an maut selepas dilanggar sebuah keretapi ekspres di Guchil 7, Kuala Krai di sini Ahad.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata dalam kejadian pukul 10.50 pagi itu, lelaki tersebut mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, sementara pergelangan kaki kirinya putus akibat dirempuh Keretapi Express Senandung Timur yang dalam perjalanan dari Johor Baharu ke Tumpat.

"Siasatan awal mendapati mangsa berjalan di tengah landasan dan tidak beredar walaupun wisel telah dibunyikan oleh pemandu keretapi tersebut.

"Usaha mengesan waris untuk pengecaman mangsa sedang dijalankan dan mayat dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan