Bentley Milik Ahli Perniagaan Yang Dicuri Ditemui Semula

Diterbitkan: Sabtu, 7 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kereta jenis Bentley milik seorang ahli perniagaan yang dilarikan awal pagi Jumaat di rumahnya di Jalan Watson di sini ditemui semula di Menglembu pada sebelah tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman berkata seorang suspek berusia lingkungan 20-an turut ditahan kemudiannya.

Sementara tiga atau empat lagi suspek yang dipercayai terlibat sama dalam kes itu sedang diburu," katanya.

Dalam kejadian 4 pagi itu, tadi, seorang perompak dikatakan memecah masuk rumah ahli perniagaan berkenaan dan mengambil kunci serta melarikan kereta Bentley itu yang bernilai kira-kira RM1.2 juta.

"Mangsa yang berada di tingkat atas mendengar bunyi bising di tingkat bawah rumah itu. Beliau lalu turun ke tingkat bawah dan mendapati seorang lelaki berada di ruang tamu. "Suspek sempat keluar dari rumah itu dan menghidupkan enjin kereta tersebut manakala seorang lagi rakan suspek menunggu di perkarangan rumah," kata Anuar. Beliau berkata mangsa turut mengekori suspek hingga ke luar rumah dan melepaskan tiga das tembakan ke udara. "Suspek mengundurkan kereta itu dan cuba merempuh mangsa. Namun mangsa sempat mengelak dan melepaskan enam lagi tembakan ke arah kereta itu. Suspek merempuh pintu pagar rumah mangsa dan melarikan diri," katanya.

Polis kemudiannya menemui kereta itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan