Tiga Disyaki Anggota Kumpulan 35 Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Polis menahan tiga lelaki dan merampas sepucuk pistol serta enam bilah parang panjang dalam operasi sempena Ops Cantas Khas di sebuah rumah di Taman Permai, Sungai Petani awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata hasil maklumat, pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu rumah itu pada pukul 2.30 pagi.

Katanya polis menemui sepucuk pistol jenis Browning, empat butir peluru kaliber 9mm, parang panjang, satu unit topeng, beberapa bungkusan dadah jenis heroin seberat 14 gram, peralatan membungkus dadah, satu komputer riba dan tujuh unit telefon bimbit.

"Dalam serbuan pagi tadi, kita berjaya menahan tiga lelaki berumur lingkungan 20-an hingga 30-an yang mempunyai tatu di bahagian badan dan kita mengesyaki mereka merupakan ahli Kumpulan 35.

"Siasatan lanjut akan dijalankan bagi mengenal pasti sama ada mereka turut terbabit dengan Kumpulan 35 yang sedang bergerak aktif di Sungai Petani dan Kuala Ketil," katanya pada sidang media di IPK Kedah di sini Jumaat.

Ahmad berkata semasa serbuan, ketiga-tiga suspek yang berasal dari Kuala Ketil, Kedah dan Butterworth, Pulau Pinang itu cuba melarikan diri tetapi dapat ditangkap pihak polis.

"Hasil siasatan awal, kita dapati seorang daripada suspek yang ditahan dikehendaki polis atas tiga rekod jenayah lampau. Kita akan tengok semula rekod bagi mengetahui sama ada kesemua suspek ini terbabit dengan kes jenayah di luar Kedah dan sekiranya ada, kita akan serahkan mereka kepada pihak polis yang menghendaki mereka," katanya.

Katanya semua suspek telah ditahan reman mulai hari ini sehingga tarikh yang belum dipastikan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Nashir Ya berkata sepanjang Ops Cantas dijalankan sejak 18 Ogos lepas, 285 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan jenayah.

"Sejak operasi Ops Cantas Khas mula diadakan bulan lalu sehingga semalam seramai 13 orang ditahan di bawah Akta Pertubuhan. Kita telah berjaya merampas dua pistol, tujuh laras raifal, dua pucuk senapang tangan dan enam bilah parang.

"Sehingga hari ini pemeriksaan rambang telah dibuat ke atas 4,936 individu yang terdiri daripada lelaki seramai 4,724 dan 212 wanita," katanya.

Katanya sembilan buah kenderaan dirampas hasil pemeriksaan ke atas 3,591 buah kenderaan membabitkan 1,528 kereta, 1,811 motosikal dan 252 kenderaan-kenderaan lain. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan