Suspek Geng 21 Cuba Lari Ke Negara Jiran Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Polis Kelantan berjaya menahan seorang lelaki yang disyaki daripada Geng 21 Pandamaran, Klang yang dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata suspek berumur 37 tahun itu ditahan di Pengkalan Che Kasim, Rantau Panjang, Pasir Mas pada pukul 10.15 pagi Rabu lepas.

Beliau berkata lelaki berkenaan sempat mencuri di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Tanah Merah sebelum cuba melarikan diri ke Golok.

"Beberapa unit telefon bimbit yang dicuri suspek masih aktif dan pihak polis telah berhubung dengan pihak Celcom untuk mengesan lokasi suspek," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata suspek ditahan ketika sedang memarkir kereta yang dipandunya. Jalaluddin berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta itu, polis merampas 14 unit telefon bimbit pelbagai jenama, enam tablet pelbagai jenama dan enam utas jam tangan pelbagai jenama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek pernah terlibat dalam jenayah mencuri motosikal dan pecah rumah. Suspek kini direman selama empat hari hingga Ahad ini.

Dalam kes lain, Jalaluddin berkata polis berjaya menahan seorang suspek yang melarikan wang tunai RM667,906 selepas memecahkan tiga mesin juruwang automatik (ATM) di sebuah bank di Chabang Tiga Pengkalan Chepa di sini pada 31 Ogos lalu.

"Hasil maklumat orang awam, kita menahan seorang lelaki berumur 27 tahun di Kampung Bunut Payong pada Isnin lepas. Suspek direman selama lima hari bermula Selasa," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan