Makmal Proses Dadah Dibongkar Di George Town, Tiga Ditahan

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Sebuah makmal mini memproses dadah berjaya dibongkar dan tiga orang ditahan termasuk seorang wanita dalam Ops Cantas di sebuah flat di Jalan Kurau, Jelutong di sini awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata dalam operasi selama enam jam yang berakhir pukul 3 pagi itu, anggotanya turut menemui sepucuk pistol serta kelopak berisi lima butir peluru hidup berukuran 9mm dan lapan butir peluru yang disimpan secara berasingan.

"Polis turut menjumpai beberapa bungkusan dadah jenis syabu, serbuk ectasy, pil Eramin 5 serta peralatan memproses dadah bernilai ribuan ringgit," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata kesemua suspek berusia 20-an hingga 30-an itu ditahan reman selama tujuh hari untuk disiasat mengikut Seksyn 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Katanya kes itu disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960 atas kesalahan mempunyai pistol dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 kerana memiliki peluru. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan