Kelopak Peluru Bersama Tujuh Peluru Hidup Ditemui Di Dalam Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 6 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang lelaki menemui satu kelopak peluru automatik yang mengandungi tujuh butir peluru di dalam kereta isterinya yang sudah dijual sejak empat empat bulan lepas.

Kereta Perodua Kenari itu ditemui di Jalan Kendi, Pusat Perniagaan Taman Indah, Simpang Ampat di sini kira-kira 9.30 malam Khamis.

Jurucakap polis berkata turut ditemui dalam kereta itu ialah hulu kapak, sehelai jaket celoreng berwarna hijau serta satu fail pengenalan diri seorang penarik kereta.

Sebelum itu, pasangan suami isteri tersebut menerima surat peringatan daripada pihak bank mengenai tunggakan bayaran ansurans bulanan bagi kereta itu yang perlu dijelaskan.

"Namun kereta itu sudah dijual lelaki tersebut kepada seorang jurujual kereta terpakai di Ipoh, Perak awal tahun ini tetapi ia belum ditukar nama pemilik.

"Selepas menerima surat peringatan itu pada Mei lepas, lelaki terbabit meminta bantuan kenalannya untuk mengesan kereta berkenaan," kata jurucakap itu.

Apabila diketahui bahawa kereta terbabit ditemui, lelaki berkenaan pergi ke lokasi itu dan menemui kereta itu dalam keadaan berkunci.

Dia bertindak membuang angin tayar kereta itu bagi mengelak ia diambil dan turut membuat laporan polis serta merujuk penemuan kereta itu kepada pihak bank.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat mengesahkan kejadian itu dan berkata kereta itu ditemui tidak jauh daripada tempat kejadian tembakan yang mencederakan seorang pemilik restoran di sini Rabu lepas.

Beliau berkata kereta itu telah dijual kepada seorang pembeli dari Seri Kembangan, Selangor dan menurut rekod polis, dia mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan senjata api, gaduh, dadah serta dikehendaki berkaitan satu kes cubaan membunuh. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan