Video 'Langgar Lari' Di Internet Adalah Kemalangan - Polis

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Polis menafikan kejadian di mana seorang pemandu kereta mewah yang didakwa melanggar penunggang motosikal sebelum memecut adalah kejadian langgar lari.

Mengulas mengenai video 'langgar dan lari' yang tersebar di Facebook, Ketua Trafik Kuala Lumpur ACP Rusli Mohd Noor berkata video itu adalah mengelirukan dan tidak memberitahu keseluruhan kisah.

"Saya tertanya-tanya di mana orang ramai mendapat berita bahawa ini adalah kemalangan langgar dan lari.

"Pemandu itu telah membuat laporan pada hari yang sama kemalangan," katanya ketika dihubungi, Khamis.

Beliau menambah bahawa video tersebut berkemungkinan telah dipotong sebelum pengguna internet dapat melihat kejadian secara keseluruhan.

Satu rakaman video yang dikatakan kejadian langgar dan lari muncul di Facebook, menyebabkan suasana gempar di kalangan pengguna laman web dan rangkaian sosial.

Pengguna Facebook marah kerana tiada siapa yang datang untuk membantu penunggang motosikal yang telah dilanggar oleh sebuah kereta BMW putih E92 yang memandu laju.

Ada juga yang mengutuk orang yang merakam video kerana tidak membuat laporan polis terhadap pemandu.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan