Sepucuk Pistol & 11 Butir Peluru Ditemui Di Apartmen Jalan Tandok

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menemui sepucuk pistol Browning bersama 11 butir peluru dan pelbagai jenis dadah milik seorang lelaki dalam serbuan di sebuah apartmen di Jalan Tandok di sini awal pagi Rabu.

Menurut jurucakap polis, semasa serbuan pukul 3.30 pagi itu, lelaki berkenaan berada di rumah dan cuba menyerang polis dengan menggunakan pedang samurai.

Bagaimanapun usahanya itu gagal dan dia dapat ditahan.

"Pemeriksaan lanjut di bilik utama rumah itu kemudiannya menjumpai pelbagai jenis dadah di dalam sebuah beg silang yang disorok di bawah katil. "Ia terdiri daripada 15 paket dan 22 tiub heroin, enam paket ganja, 134 biji Eramin 5, 27 paket syabu dan 1.5 liter ubat batuk," katanya ketika dihubungi. Jurucakap itu berkata polis turut menemui satu topeng muka di kereta suspek.

"Suspek lelaki Melayu berusia 23 tahun itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan pernah dibuang daerah dari tahun 2009 hingga 2011 ke Sik, Kedah," jelasnya.

Suspek kini ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kes disahkan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Muhammad Azlee Abdullah.

-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan