Pengusaha Restoran Cedera Parah Ditembak

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NIBONG TEBAL: Seorang pengusaha restoran cedera parah selepas ditembak seorang lelaki yang menaiki motosikal ketika mangsa sedang memberhentikan keretanya di kawasan perniagaan Taman Merak di sini, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Mazlan Kesah berkata ketika kejadian mangsa yang berusia 40-an itu berhenti di tempat letak kereta untuk bertemu rakannya di sebuah restoran berhampiran.

Katanya mangsa yang baru memberhentikan keretanya di situ pada pukul 3.13 petang didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal jenis Honda dan salah seorang daripada mereka melepaskan tembakan ke arahnya.

"Seorang daripada suspek dipercayai melepaskan empat das tembakan ke arah cermin depan dan sisi kereta mangsa sebelum satu daripadanya mengenai dadanya.

"Mangsa merupakan pemilik restoran yang mana berlaku kejadian tembakan rambang sehingga mencederakan enam pelanggan di Taman Kasawari, Simpang Ampat di sini pada 23 Ogos lepas," katanya kepada pemberita di tempat kejadian, di sini, Rabu.

Mazlan berkata dua susepk itu kemudian memecut laju sehingga ke Jalan Perusahaan Bukit Minyak dekat sini sebelum mereka meninggalkan motosikal berkenaan kira-kira lima kilometer dari lokasi kejadian kerana kenderaan itu mengalami kerosakan.

"Dua suspek itu meninggalkan motosikal mereka di tepi jalan sebelum dipercayai diambil oleh rakan mereka dengan menaiki sebuah kereta dan meninggalkan kawasan berkenaan bagi mengelak dikesan pihak polis.

"Hasil pemeriksaan polis menemui dua topi keledar, baju dan sarung pistol yang ditinggalkan suspek di kawasan berhampiran motosikal berkenaan," katanya.

Katanya mangsa yang cedera di dada itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut dan dia dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh dan polis juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di lokasi kejadian.

"Polis tidak menolak kemungkinan kes ini mempunyai kaitan dengan dengan kejadian tembakan rambang yang berlaku di restoran mangsa sehingga mencederakan enam lelaki," katanya.

Katanya siasatan polis juga mendapati motosikal dan kereta yang dinaiki suspek menggunakan nombor pendaftaran palsu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan