Dua Anggota Geng 08 Ditahan Di Selangor

Diterbitkan: Khamis, 5 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis Selangor pada Jumaat lalu menahan dua lelaki dipercayai anggota Geng 08 di Pusat Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuhraya Besraya atau Lebuhraya Sungai Besi yang mereka aktif dalam pengedaran dadah dan senjata api.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata dalam penahanan 10.30 malam itu, pihaknya juga merampas 22 butir peluru jenis 9mm yang disyaki diperoleh dari negara jiran dan syabu seberat 30.2 gram.

Menurut beliau, kedua-dua suspek pada mula dipercayai merancang untuk singgah makan di R&R itu namun telah dikesan pihak polis. "Mereka masing-masing berusia 23 dan 28 tahun dan mempunyai rekod jenayah serta positif ujian dadah.

"Kami juga percaya mereka aktif dalam pengedaran dadah di sekitar Serdang dan Seri Kembangan (Selangor) sejak enam bulan lalu," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Serdang dekat sini. Thaiveegan berkata siasatan dan pemeriksaan lanjut menunjukkan mereka turut memperoleh bekalan dadah dari sekitar Lembah Klang. Mereka mempunyai tatu kumpulan di beberapa bahagian badan.

"Sekarang kita tengah berusaha untuk mengesan di mana letaknya senjata api yang digunakan dalam kegiatan mereka," katanya dan menambah mereka direman enam hari sehingga 5 September ini untuk bantu siasatan.

Kes tersebut disiasat di bawah tiga kesalahan iaitu Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 8 Akta Senjata Api 1971 (Penalti Lebih Berat) serta Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam kes berlainan, Thaiveegan berkata pihak polis berjaya melumpuhkan kegiatan pecah kedai telefon dan kedai runcit di sekitar Salak Tinggi dan Serdang dengan tertangkapnya empat individu di Serdang Perdana, Seri Kembangan Ahad lalu.

Beliau berkata mereka ditangkap beserta barangan rampasan bernilai RM65,000 yang antaranya berupa 120 telefon bimbit pelbagai jenama dan dua buah komputer riba.

Sebelum menangkap tiga daripada mereka, katanya polis terlebih dahulu menahan seorang individu di tepi kedai di Serdang Perdana kira-kira 6.30 pagi sebelum suspek membawa polis ke sebuah rumah yang menjadi tempat persembunyian tiga rakannya itu.

"Pemeriksaan lanjut mendapati mereka yang berumur antara 25 hingga 34 tahun itu positif dadah dan kini ditahan sehingga 5 Sept untuk siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan," tambahnya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan