Seorang Tahanan Lolos Ketika Dibawa Hadir Bicara

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Polis sedang menjejaki seorang tahanan yang meloloskan diri ketika dalam perjalanan dari penjara Alor Setar, Kedah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, bagi menghadiri prosiding mahkamah, petang Selasa.

Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata dalam kejadian pada 4 petang itu, tahanan yang diiringi dua anggota polis dengan menaiki trak meloloskan diri, selepas membuang air kecil di hentian Rehat dan Rawat (R&R)Gunung Semanggol, Bukit Merah di Bagan Serai.

"Tahanan mengadu untuk membuang air kecil, jadi mereka (anggota polis) telah berhenti di hentian itu, anggota polis telah mengubah kedudukan gari tahanan dari belakang ke hadapan bagi memudahkannya," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, Rabu.

Bagaimanapun sejurus keluar dari tandas, tahanan yang dikenali sebagai Panner Selvam a/l Heng Jee Kee, 42, yang sepatutnya menghadiri prosiding perbicaraan di Mahkamah Majistret Sungai Siput, pagi tadi, bertindak menolak anggota polis yang menunggunya di luar bilik air, kata Acryl Sani.

Beliau berkata, tahanan tersebut melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal bersama-sama seorang individu dipercayai rakannya yang menunggu di kawasan berhampiran.

Lelaki itu ditahan berkaitan kes penipuan jual beli kenderaan dengan memperdayakan orang ramai sebelum menghilangkan diri.

Katanya, tahanan itu mempunyai enam kes yang masih di peringkat perbicaraan dan mempunyai satu rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan iaitu menerima harta curi dengan curang pada tahun 1990.

Acryl Sani berkata dua anggota polis terbabit mengalami trauma dan kini ditempatkan di pejabat untuk membantu siasatan dan mengesan tahanan serta rakan komplotnya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan