Polis Tahan Suspek Kedua Kes Kematian Kakitangan AirAsia

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki berumur 25 tahun, yang merupakan suspek kedua dipercayai menyerang kakitangan AirAsia, Shahrinawati Abu Bakar.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek ditahan di Taman Cempaka di Ampang pada pukul 6.30 petang Isnin.

Ammiruddin berkata, suspek didapati positif dadah dan dikehendaki atas kes berkaitan dengan dadah oleh Polis Daerah Dang Wangi.

Beliau menambah, kedua-dua mereka disiasat di bawah Seksyen 398 Kanun Keseksaan kerana merompak dengan senjata atau dengan cubaan yang menyebabkan kematian atau kecederaan serius.

Shahrinawati meletakkan kenderaannya dan berjalan menuju ke pintu masuk kondominiumnya di Taman Cempaka, Ampang Jaya selepas bekerja pada waktu malam, apabila dua suspek bersenjata yang menaiki motosikal menyerangnya pada kira-kira pukul 2.45 pagi 29 Ogos lalu.

Dua lelaki yang cuba untuk membantu Shahrinawati semasa kejadian, yang menyebabkannya meninggal dunia di tempat kejadian apabila mereka mengundurkan kereta dengan laju untuk melanggar suspek tetapi terlanggar mangsa.

Suspek pertama ditahan sehari selepas kejadian berlaku.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan