Kibar Bendera Sang Saka Malaya: Hishamuddin Rais, Adam Adli Dibebas Dengan Jaminan Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said, aktivis sosial Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim dibebas dengan jaminan polis setelah mereka ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera alternatif pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata ketiga-tiga mereka dibebaskan beberapa jam selepas keterangan mereka diambil.

"Mereka disiasat mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Jabatan Pengurusan Kuala Lumpur.

A. Samad ditahan kira-kira 12.25 pagi Rabu manakala Hishamuddin dan Adam Adli pada Isnin lalu.

Media sebelum ini melaporkan polis meminta sasterawan itu menyerah diri bagi siasatan lanjut berhubung kes mengibar bendera berkenaan di Dataran Medeka di sini setelah mendapat kecaman umum dan laporan polis.

Dalam insiden itu beliau dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Pada majlis serah terima tugas itu, Ketua Jabatan Pengurusan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Dr Chai Khin Chung menyerahkan tugasnya itu kepada Datuk Aidi Ismail yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Pengarah Logistik II Bukit Aman.

Chai akan bertukar ke negeri asalnya Sarawak untuk menjawat jawatan Ketua Jabatan Pengurusan Polis Sarawak. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan