Dadah Bernilai RM1.9 Juta Dirampas, 12 Ditahan Polis

Diterbitkan: Rabu, 4 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat wanita tempatan antara 12 orang yang ditahan polis bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1.9 juta dalam lima serbuan sejak 25 Ogos lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut merampas wang tunai RM135,000 daripada kesemua suspek berumur antara 25 dan 61 tahun, yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyeludupan dadah.

"Pada 11.30 pagi 25 Ogos lepas, polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di sebuah kawasan di Jalan Lanang, Sarawak kerana memiliki dadah syabu seberat 3.4 kilogram yang disorokkan di dalam beg galas miliknya.

"Suspek menggunakan laluan baru iaitu Sarawak ke Indonesia setelah pihak berkuasa memperketatkan laluan penyeludupan melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Sabah," katanya dalam sidang media di sini, Selasa.

Noor Rashid berkata, tiga hari selepas itu pada 2.55 petang, dua wanita India Muslim berumur 37 dan 61 tahun pula ditahan di Taman Perling, Johor Bahru kerana menyeludup dadah dari India melalui perkhidmatan penghantaran pos laju.

"Hasil tangkapan itu, polis merampas tujuh kilogram disyaki dadah jenis Ephedrine yang disembunyikan di dalam bekas putih bertulis 'Herbalife'," katanya.

Noor Rashid berkata pada 29 Ogos, polis merampas 12.15 kilogram dadah ketamin di sebuah rumah di Taman Desa Tebrau, Johor Baharu dan di Jinjang di sini, pada kira-kira 6.30 petang dan menahan lima lelaki tempatan berumur antara 25 dan 32 tahun.

Pada 11.45 pagi 30 Ogos lepas, polis merampas sebuah kotak mengandungi 944 gram syabu dari pusat Mel dan Kurier Pos di KLIA, Sepang.

"Pada hari yang sama, polis menahan seorang lelaki warganegara Iran berumur 25 tahun yang cuba menyeludup dadah syabu ke negara ini melalui penerbangan dari Kish Island - Dubai di KLIA pada 9.15 malam. Hasil tangkapan itu, polis merampas 1.5 kilogram dadah syabu yang disembunyikan di dalam dua bagasi," katanya.

Noor Rashid berkata, dalam kejadian semalam pula, polis menahan dua wanita dan seorang lelaki berumur antara 25 dan 45 tahun di Ara Impian Damansara, Selangor sebelum polis menemui dadah syabu yang siap diproses seberat 39.6 gram dan bahan kimia seperti cecair asid yang digunakan untuk membuat dadah di dalam rumah itu.

"Kami dapati rumah itu dijadikan sebagai makmal memproses dadah sejak enam bulan lepas. Bagaimanapun nilai anggaran dadah masih dalam siasatan," katanya.

Menurutnya, risikan dilakukan selama sebulan ke atas kegiatan mereka.

Kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan