Mayat Seorang Lagi Mangsa Lemas Di Sungai Perak Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 3 September 2013 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Mayat seorang lagi mangsa lemas ditemui terapung kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian di Sungai Perak, Kampung Mandah, Manong, Kuala Kangsar dekat sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP, Abdul Gaffar Muhamad berkata, mayat Mohd Faiz Norisham, 14, ditemui pada 6.10 petang.

"Gerakan mencari dijalankan anggota polis, bomba dan Jabatan Pertahanan Awam sejak pukul 8 pagi tadi," katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

Pada Ahad, mayat sepupu Mohd Faiz iaitu Mohammad Badrul Amin Muhd Nazri, 17, ditemui tersangkut di pukat menangkap ikan pada 4 petang.

Kejadian itu berlaku pada kira-kira 2.15 petang ketika kedua-dua mangsa mandi di sungai berkenaan bersama enam lagi anggota keluarga mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan